fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Das Abdul di platform TikTok menunjukkan Siti sedang menghiburkan penumpang di sebuah pesawat.

[VIDEO] Tok Ti hiburkan penumpang atas pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penumpang sebuah pesawat menuju ke Indonesia dikejutkan dengan persembahan istimewa biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat kejutan dengan menyanyi secara langsung di dalam kabin.

Menerusi hantaran oleh @Das Abdul di platform TikTok, Siti tampil menggunakan pembesar suara pesawat dengan mempersembahkan lagu terbarunya berjudul Menamakanmu Cinta serta lagu popularnya, Bukan Cinta Biasa.

Lebih menarik, Siti turut memberi peluang kepada seorang peminat lelaki untuk menyanyikan lagunya sekali gus menceriakan suasana dalam penerbangan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Bestnya pakej tiket flight sekali konsert Tokti eh 😂,” tulis seorang pengguna, @asrymochtar.

“Tiket economi tapi ada konsert Siti terus jadi macam ‘First Class’ ya 🤭,” ujar @Raisya Rania Store.

“Dah memang dianugerahkan suara sedap, menyanyi dalam walkie-talkie pun tetap merdu,” komen @Elsa.- KOSMO! ONLINE.

@dasabdul Hebat penerbangan kali ini, first time tgk @Siti Nurhaliza nyayi live. Dah la tu guna mic kapal terbang pun bunyi sedap. Rezeki musafir utk ke program HasbulBrothers di yogyakarta indonesia #dasabdul ♬ original sound – Das Abdul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI