fbpx
CABELLO bercakap pada sidang media di Caracas semalam. – AFP

Venezuela kerah 15,000 askar perangi dadah selepas Trump hantar kapal perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CARACAS – Venezuela mengerahkan 15,000 askar  ke sempadan Colombia semalam untuk memerangi pemerdagangan dadah selepas Washington meningkatkan tekanan terhadap Presiden berhaluan kiri, Nicolas Maduro.

Tiga kapal perang Amerika Syarikat(AS)  sedang dalam perjalanan menghampiri perairan Venezuela. Presiden Donald Trump sebelum ini menuduh Maduro mengetuai kartel penyeludupan dan  pemerdagangan kokain.

“Venezuela adalah wilayah yang bersih, bebas daripada pemerdagangan dadah,bebas daripada tanaman daun koka, bebas! Bebas daripada pengeluaran kokain,” kata Maduro dalam program televisyen mingguannya.

Menteri Dalam Negeri Venezuela,  Diosdado Cabello mengumumkan semalam bahawa kerajaan mengerahkan tentera untuk memperkukuh keselamatan di negeri Zulia dan Tachira yang bersempadan dengan Colombia.

“Di sini, kami memerangi pemerdagangan dadah, di sini, kami memerangi kartel dadah di semua perbatasan,” kata Cabello sambil mengumumkan rampasan 53 tan dadah setakat tahun ini.

AS  menuduh Maduro dan Cabello sebagai anggota Kartel de los Soles (Kartel Matahari)  yang dilabel Washington sebagai organisasi pengganas.

Selain mengerahkan tiga kapal pemusnah ke perairan antarabangsa di luar Venezuela, Washington juga merancang menghantar 4,000 anggota Marin ke rantau itu, demikian menurut media AS.

Washington juga baru-baru ini menggandakan ganjaran untuk penangkapan Maduro atas tuduhan dadah kepada AS$50 juta (RM210 juta). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI