fbpx
PUTERI Sarah Liyana kini tenang menguruskan karier dan anak-anak tanpa mahu lagi terpallit isu seperti ketika memperjuangkan haknya sebagai wanita tidak lama dahulu.

‘Tak nak sibuk hal orang, dikata menumpang isu hangat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Demi ketenangan hidup pelakon Puteri Sarah Liyana kini mengambil pendekatan tidak terlalu lantang seperti beberapa tahun lalu yang asyik bersuara tentang isu ketidakadilan dan kecurangan terutama dalam kalangan selebriti.

Sebaliknya Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, lebih selesa untuk berdiam diri supaya tidak menimbulkan salah faham mahupun dianggap cuba menunggang isu hangat.

“Dulu lantang sebab ada isu, salah satunya isu Sarah sendiri (perceraian). Sarah memperjuangkan hak wanita, hak Sarah dan rakan-rakan.

“Sekarang memang saya memilih untuk tidak sibuk dengan hal orang kerana tidak mahu orang kata, dia pun nak juga menumpang isu yang tengah hangat,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Gala: Pelancaran Penjenamaan LINDUNG Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru-baru ini.

Tambah, pelakon drama Polis Peronda itu sebagai pelakon dan ibu, dia tidak mahu dikenali kerana kontroversi.

Sebaliknya, kini dia mahu fokus kepada kerjaya, bisnes dan juga anak-anak.

“Saya tidak mahu kecoh-kecoh seperti dahulu. Rasa malas sebab saya pernah menjadi satu isu besar dulu dan perhatian khalayak. Sebenarnya, ada baik dan buruk juga apabila kita menjadi perhatian.

“Kalau kita buat salah sikit saja, pasti akan dibicarakan. Jadi, sekarang Sarah rasa lebih selesa hidup tenang. Tapi saya tidak lari daripada industri seni kerana masih aktif.

“Kalau boleh saya nak orang cakap, dia (Sarah) berlakon bagus, perniagaan dia bagus, bisnes dia bagus dan produk dia bagus. Sebab kalau terlalu kerap kontroversi, salah sikit sahaja pasti akan jadi isu besar,” tuturnya.

Dalam pada itu, Sarah menjelaskan hubungannya dengan bekas suami, Syamsul Yusof berada dalam keadaan baik.

“Bagi saya lebih elok pilih untuk berbaik dan positif demi anak-anak. Jika bergaduh dan berebut sana-sini mangsanya adalah anak.

“Kita pun akan jadi tertekan. Saya mahu menjaga kesihatan mental dan meneruskan kehidupan dengan tenang,” katanya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014, namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI