fbpx
BUDAPEST - Pelumba Ducati, Marc Marquez kini berpeluang untuk menjulang gelaran dunia MotoGP lebih awal selepas mencipta kemenangan berganda di Grand Prix (GP) Hungary kelmarin.

MotoGP: Marquez perlukan 47 mata lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Pelumba Ducati, Marc Marquez kini berpeluang untuk menjulang gelaran dunia MotoGP lebih awal selepas mencipta kemenangan berganda di Grand Prix (GP) Hungary kelmarin.

Pelumba Sepanyol itu mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih 37 mata maksimum sejurus melakar kemenangan dalam kedua-dua perlumbaan sprint dan aksi utama sekali gus melebarkan jurang kepada 175 mata di hadapan pencabar yang juga adiknya, Alex Marquez.

Secara matematik, Marquez hanya perlu menambah 47 mata lagi dalam dua pusingan akan datang di GP Catalunya dan GP San Marino untuk menoktahkan kejuaraan dunia ketujuh dalam kelas perdana.

Jika Marquez mencipta kemenangan bersih dalam kesemua perlumbaan di Barcelona dan Misano dengan 74 mata maksimum sementara Alex mengutip kurang daripada 27 mata secara keseluruhan, gelaran juara dunia akan menjadi milik pelumba berusia 32 tahun itu tanpa perlu menunggu pusingan Asia.

“Saya berharap peluang pertama saya datang di Indonesia atau Jepun. Jika saya menamatkannya di Misano, itu bermakna adik saya hadapi hujung minggu yang sukar di Barcelona dan saya mahukan terbaik untuknya,” kata Marquez.

Prestasi Alex dilihat semakin merudum, terutama selepas kemalangan di GP Belanda yang menjejaskan rentaknya di atas jentera Gresini Ducati.

Alex hanya mengutip 15 mata dalam dua pusingan terakhir, manakala Marquez pula terus unggul dengan mencatat tujuh kemenangan berganda berturut-turut, pencapaian yang hanya tinggal tiga lagi untuk menyamai rekod peribadinya sebelum ini.

Tiada pelumba lain dilihat mampu memberi saingan kepada Marquez dalam perebutan gelaran dunia termasuk rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia yang kini ketinggalan 52 mata di belakang Alex. – AGENSI

CAPTION

MARQUEZ kini berjaya memenangi tujuh GP berturut-turut dengan 10 jumlah keseluruhan dalam musim ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI