fbpx
PAKAIAN dipercayai milik mangsa yang maut selepas dilanggar tren komuter dekat landasan kereta api di Kilometer 156, berhampiran sebuah kuil di pekan Chemor, Ipoh semalam.

Lelaki maut dilanggar tren komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas dilanggar tren komuter bagi laluan dari Ipoh ke utara di Kilometer 156, berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian pada pukul 6 pagi itu dilaporkan kepada polis oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Katanya, kejadian disedari selepas pemandu tren mendengar bunyi dentuman kuat pada bahagian hadapan kenderaan namun tidak dapat mengenal pasti objek berikutan keadaan yang gelap dan berkabus.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui serpihan anggota badan manusia dan barangan peribadi dipercayai milik mangsa. Mangsa dipercayai seorang lelaki berdasarkan pada pakaian yang dijumpai di landasan kereta api,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi oleh Unit Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) Kontinjen Perak dan Pasukan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menemukan cebisan anggota badan manusia yang kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga identiti mangsa dikenal pasti. Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd. Safrizal Mohd. Saad di talian 017-3446790,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI