fbpx
Muhamad Syawal ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Koperal mengaku ambil rasuah RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang anggota polis mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1,500, tahun lalu.

Tertuduh, Koperal Muhamad Syawal Fitry Abd. Gani, 35, membuat pengakuan tersebut terhadap dua pertuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Bagaimanapun menetapkan tarikh fakta kes dan jatuh hukum pada 13 Oktober depan.

Mahkamah turut menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu pertama setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mana-mana saksi sementara menunggu prosiding jatuh hukum itu.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan itu, Muhamad Syawal didakwa telah menerima wang tunai berjumlah RM1,500 melalui serahan tangan daripada seorang lelaki berusia 37 tahun tanpa balasan yang diketahuinya mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai polis.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah restoran tomyam dalam daerah Petaling kira-kira pukul 8.50 malam pada 4 Disember tahun lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Muhammad Arif Asyraff Mohd. Khairi dan Mohd. Alimi Mustapha manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI