fbpx
MALAM kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 akan berlangsung dari Arena Of Stars Genting Highlands pada 13 September nanti.

‘Juri AIM24 tak akan adili karya sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANUGERAH Industri Muzik ke-24 (AIM24) menunjukkan persaingan sengit bagi 26 kategori seperti diumumkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Sebelum pemenang diumumkan pada malam kemuncak 13 September depan, proses pemilihan bakal melalui tiga fasa penjurian melibatkan hampir 900 pencalonan daripada keseluruhan kategori.

Fasa pertama berlangsung pada 14 dan 15 Julai, diikuti fasa kedua dari 21 hingga 31 Julai, manakala fasa ketiga pula dilaksanakan pada 29 Julai khusus untuk memilih calon bagi kategori Lagu Terbaik.

Menurut Ketua Juri AIM24, Datuk Mokhzani Ismail, setiap karya yang dipertandingkan dinilai dengan teliti dan penuh integriti oleh barisan juri berpengalaman.

“Saya berikan kelonggaran untuk mereka nilaikan tanpa ada pengaruh mahupun tekanan.Setiap juri diberikan segala butiran dan perincian kriteria penjurian.

“Ada pelbagai naskhah hebat daripada pelbagai syarikat rakaman. Jadi, juri yang dipilih ada kepakaran dalam bidang tersendiri.

“Saya puas hati dengan gerak kerja dijalankan kerana mereka berikan sepenuh komitmen. Kami beri ruang kepada juri untuk dengar keseluruhan naskah supaya penjurian lebih telus,” katanya usai pengumuman Top 5 AIM24, baru-baru ini.

Mokhzani turut menegaskan bahawa juri tidak dibenarkan mengadili kategori yang melibatkan nama atau karya mereka sendiri.

“Saya pastikan juri setiap kategori tidak terlibat dalam mana-mana naskhah, lagu atau album yang mereka jurikan.

“Itu sangat penting kerana integriti, sebab itu kita lihat ada juri yang masuk bertanding,” katanya.

Profesional

Sementara itu, Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM24, Rosmin Hashim, memaklumkan keseluruhan proses pemarkahan diuruskan secara profesional oleh pihak bebas, Maccom Management Services Sdn. Bhd.

“Mereka kumpul semua pemarkahan dan akan berikan semua pemarkahan kepada juruaudit bebas untuk buat perkiraan markah.

“Apa yang dipersembahkan hari ini adalah calon Top 5 yang dapat markah tinggi.

“Pada 13 September depan akan umumkan siapa dapat markah tertinggi sebagai pemenang AIM24,” jelasnya.

Empat lagi kategori akan diumumkan pada malam kemuncak AIM24 yang akan disiarkan secara langsung TV2 dari Arena Of Stars, Genting Highlands pada 13 September depan.

Penjurian bermula pada 14 dan 15 Julai bagi fasa pertama disusuli dengan fasa kedua iaitu pada 21 hingga 31 Julai. Sementara, fasa ketiga pula dilangsungkan pada 29 Julai lalu untuk menilai bagi kategori Lagu Terbaik pada malam kemuncak AIM24 kelak.

SENARAI PENUH PENCALONAN AIM24:

Artis Baharu Terbaik

  1. Erika Foo – Hidupkan Mimpi Mimpi
  2. Intan Maya – Layak Bahagia
  3. Koi – Niskala Suaka
  4. Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika
  5. Xone – Lantaklah

Vokal Lelaki Terbaik

  1. Akim Ahmad – Saksama
  2. Amir Masdi – Sengaja
  3. Hafiz Suip – Terus Bersinar
  4. Hazama – Mendonan
  5. Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika

Vokal Wanita Terbaik

  1. Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
  2. Datuk Seri Siti Nurhaliza – Sehebat Matahari
  3. Ernie Zakri – Aura
  4. Liza Hanim – Takdir Itu Milik Aku
  5. Marsha Milan – Henang Rindu

Vokal Kumpulan Terbaik

  1. AWLA – Uluk Azmi
  2. Inteam – Nasab Nabi
  3. KRU – Vondoo
  4. Dolla – Damelo
  5. TE3N – Shake

Kugiran Terbaik

  1. Barbarik – Peluru Cokelat
  2. Drama Band – FYP
  3. Gerhana Skacinta – Rasa Sayang
  4. Mafidz – Teleportasi
  5. Masdo – Inilah Jalannya

Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik

  1. Adira Suhaimi & Khai Bahar – Pejam
  2. Akim Ahmad & Stacy Anam – Ritma & Rima
  3. Faizal Tahir & Datuk M.Nasir – Campak Bintang
  4. Hafiz Hamidun & Ruffedge – Batu Hitam
  5. Ustaz 3 Beradik & Fadzli Far East – Putusnya Butir Tasbihku

Video Muzik Terbaik

  1. Dolla – Damelo
  2. Mimifly – Angkat
  3. Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri – Ayuh
  4. Namawee & Wang Lei – The 20th Floor
  5. KRU – Voodoo

Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem/Drama

  1. Aina Abdul – Kasih Merintih
  2. Amir Jahari – Hasrat
  3. Faizal Tahir – Darah Bangsa
  4. Datuk Sheila Majid – Wira Hatiku
  5. Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri – Ayuh

Lagu Rock Terbaik

  1. Hazama – Aku Ada
  2. Amir Masdi – Sengaja
  3. Hazama – Rembulan & Pungguk
  4. Hazama – Semacam Pandora
  5. Akim & The Majistret – Saksama

Lagu Pop Terbaik

  1. Amir Jahari – Hasrat
  2. Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
  3. Faizal Tahir – Santai
  4. Noh Salleh – Rahsia Tuhan
  5. Ernie Zakri – Aura

Lagu Rap/ Hip-Hop Terbaik

  1. Joe Flizzow feat Gard – Berlian
  2. Balan Kash – Cekap
  3. Salammusik feat Namewee – Dannok
  4. Tuju – Aku Ingin
  5. Balan Kash & Fahimi – Kuala Lumpur

Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik

  1. Fugo – 99
  2. Mimifly – Angkat
  3. FLQ feat Yuna – Nada Baru
  4. Late Night Frequency feat Aiman Nomad – Ruang
  5. Aril feat Nigel Sparks – Tak Sempurna

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

  1. Jaclyn Victor – B.D.T
  2. Dolla – Drip
  3. Daiyan Trisha – My Home Is In Your Arms
  4. Ernie Zakri – The Best
  5. Yuji & Putri Dahlia – Old Love

Lagu Cina Tempatan

  1. Firdhaus – Eternal Friendship
  2. Uriah See- Beyond the Stars
  3. Firdhaus – Divorce In Ghana
  4. Brian Chew dan Tan Yin Ern -The Ideal Adult In Our Heart
  5. Firdhaus – Imperfection

Lagu India Tempatan Terbaik

  1. Buggimaan – Arabu Kuthirai
  2. Thiban, Unnikrishnan & Aparna Harikumar – Ivaldana
  3. Sheezay Hashmita – Pothum
  4. Buggimaan – MeenaLoveshini
  5. Zubir Khan – Deepavali Sudah Mar

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara

  1. Diana Nazyra – Hawa
  2. HoonDoo – Masih Ku Sayang
  3. Rossa dan Barsena Bestandhi – Bertengkar Manis
  4. Aziz Harun – Janji
  5. Rossa – Lupakan Cinta

Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik

  1. Meiska – Dursila
  2. Aina Abdul dan Fabio Asher – Cinta Tak Pernah Tepat Waktu
  3. Sekumpulan Orang Gila dan Boniex For Revenge – Naluri
  4. Ernie Zakri dan Ade Govinda – Masing Masing
  5. Datuk Seri Siti Nurhaliza – Sejarah

Lagu Nasyid Terbaik

  1. Aiman Sidek dan Halin Ahmad – Hanya Dia
  2. Awla dan Jenny Nadhirah Chin – Ulul Azmi
  3. Faizal Tahir dan Mirwana – Biar Satu Dunia Tahu
  4. Lah Ahmad dan Inteam – Kudus Palestin
  5. Ustaz 3 Beradik dan Fadzli Far East – Putusnya Butir Tasbihku

Lagu Etnik Terbaik

  1. Siti Nordiana – Menyantun Kasih
  2. Datuk Seri Siti Nurhaliza – Magis
  3. Shiha Zikir – Kalam
  4. Elica Paujin – Oh Huminodun
  5. Den Manjo dan Eda Ezrin – Cinta Setandan Pisang

Lagu Perpaduan Terbaik

  1. Fahimi, Saixse, Altimet, Zizi, Kirana – Anak Malaysia
  2. Faizal Tahir – Bendera
  3. Xpose, Dina Nadzir – Terbang
  4. Faizal Tahir – Semangat Juara
  5. Amir Masdi – Madani Jiwa Merdeka

Lagu Tradisional Terbaik

  1. Dayang Nurfaizah – Rindu Menyapa
  2. Haziq Rosebi, Baby Shima – Pujuk
  3. Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Awie – Kalau Berkasih
  4. Noraniza Idris, Hazama – Penawar Kata
  5. Hazra – Canda Citra Cinta

Album Terbaik

  1. Dayang Nurfaizah- Janji
  2. Aina Abdul – Imaji
  3. Dayang Nurfaizah – Belagu 2
  4. Aina Abdul – Imaji Deluxe Edition
  1. Datuk Seri Siti Nurhaliza – SITISM

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Semua Bahasa)

  1. Dayang Nurfaizah – Lemah
  2. Ryota 片山凉太 – 我一直都以为我是一个人
  3. Dayang Nurfaizah – Dari Hati Ke Hati
  4. Datuk Seri Siti Nurhaliza – Senyawa
  5. Dayang Nurfaizah – Rindu Menyapa

Kulit Single/Album Terbaik

  1. Ernie Zakri – Aura
  2. Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
  3. Hael Husaini – Antonim 1
  4. Satwo – Di Persembunyian
  5. Ismail Izzani – Iman

Rakaman Album Terbaik

  1. Hazama – Pujangga
  2. Dolla – New Classic
  3. Aina Abdul – Imaji Deluxe Edition
  4. Dayang Nurfaizah – Belagu 2
  5. Ernie Zakri – Aura

Rakaman Lagu Terbaik

  1. Ayda Jebat – Be Mine
  2. Dayang Nurfaizah – Rindu Menyapa
  3. Ernie Zakri – Aura
  4. Dayang Nurfaizah – Akhirnya Bahagia
  5. Aina Abdul – Kamu 2024 Remaster 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI