TAMPIN – Siapa sangka, seorang suri rumah mampu menghasilkan pelbagai hiasan landskap yang dibuat menggunakan barangan terbuang, sekali gus menceriakan lagi halaman rumahnya sempena Bulan Kemerdekaan kali ini. Halijah Manhart, 62, berkata, dia lebih gemar menggunakan barangan terbuang kerana lebih jimat selain mampu mencipta kenangan tersendiri khususnya mengitar semula barangan disayangi. Ujarnya, bagi hiasan kemerdekaan, hiasan bendera kebiasaannya akan disimpan baik setiap tahun, namun dia akan menambah hiasan lain menggunakan barangan terbuang. “Sejak duduk di Felda ini bermula 2018 bagi……