fbpx
BINTANG muda, Rio Ngumoha (tengah) muncul wira Liverpool apabila jaringkan gol kemenangan untuk tewaskan Newcastle United 3-2, awal pagi tadi. - AFP

EPL: Taktik Newcastle sukarkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

lLONDON – Pengurus Liverpool, Arne Slot akui bergelut untuk berdepan pendekatan Newcastle United yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Pada aksi awal pagi tadi, The Magpies yang tewas 2-3 hilang khidmat Anthony Gordon yang dilayangkan kad merah di hujung babak pertama kerana mengasari Virgil Van Dijk namun masih berupaya beri saingan dengan baik.

“Saya tidak pasti sama ada saya melihat permainan bola sepak (atau tidak) kerana terlalu banyak situasi bola mati dan hantaran jauh. Tidak banyak yang saya boleh lakukan dengan taktik seperti ini.

“Namun saya cukup suka apabila kami kekal berdiri teguh walaupun berdepan kesukaran sanjang 45 minit pertama. Kami tidak pernah terjejas dan mampu mendahului 1-0,” katanya.

Semua gol The Reds dihasilkan oleh Ryan Gravenberch and Hugo Ekitike dan Rio Ngumoha manakala gol tuan rumah dijaringkan Bruno Guimarães serta William Osula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI