fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen masih tertakluk implikasi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peraturan Mesyuarat 63 Dewan Rakyat memberi perlindungan imuniti kepada Ahli Parlimen, tetapi tidak bermakna mereka bebas sepenuhnya daripada implikasi undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor berkata, Ahli Parlimen yang mendedahkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dalam Dewan Rakyat masih boleh dipanggil polis untuk memberi keterangan.

“Memang dalam Dewan Rakyat kita dilindungi oleh Peraturan 63, tetapi apa-apa dokumen rasmi walaupun disebut di dalam dewan telah dinyatakan sedemikian, apa yang kita bercakap di sini akan dipancar keluar.

“Di luar sana, seorang saja rakyat Malaysia beri maklumat itu kepada pihak polis, penyiasatan akan dibuka. Gerenti 100 peratus, 110 peratus, Ahli Parlimen akan dibanggil dari mana dapat dokumen itu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau memberi peringatan itu ekoran Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) semalam mendakwa memperoleh maklumat sulit dan dokumen berkenaan kos projek penjenamaan semula Tabung Haji (TH) sebanyak RM18 juta.

Jumlah itu didakwa bercanggah dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar bahawa kos projek penjenamaan semula Tabung Haji (TH) sebanyak RM5.9 juta.

“Perhatian pada Yang Berhormat Pengkalan Chepa apabila nak main dengan dokumen Akta Rahsia Rasmi. Ini pendapat saya, tapi mungkin orang lain ada versi berbeza.

“Yang Berhormat pun quite familiar (arif) dengan Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 8, Seksyen 16. Be careful, kalau beban bukti itu jatuh pada you (kamu),” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI