fbpx
TSUNEYASU muncul wira NSFC apabila meledak dua gol pada lewat permainan untuk menewaskan Selangor kelmarin. - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Aura NSFC ‘ubati’ Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMENANGAN dramatik Negeri Sembilan FC (NSFC) ke atas Selangor FC dengan keputusan 2-1 kelmarin tidak hanya menggembirakan lebih 25,000 penyokong yang hadir, malah sudah tentu buat ketua jurulatih pasukan itu, Nidzam Jamil.

Nidzam mengakui cukup berpuas hati dengan keupayaan ditunjukkan para pemainnya yang mampu membangkit meskipun ketinggalan sehingga minit ke-83 perlawanan.

“Kami ada situasi separuh masa pertama dan kedua yang berbeza. Kami gembira mendapat jaringan tersebut. Bagaimana kami terus menekan sehingga minit yang terakhir tetapi bukan mudah untuk bermain dengan pasukan baik seperti Selangor,” katanya.

Dalam perlawanan itu, pelawat mendahului menerusi pemain pertahanan, Richmond Ankrah seawal minit ke-12.

NSFC kemudian bangkit pada 10 minit terakhir menerusi dua gol pemain gantian bertubuh kecil dari Jepun, Mio Tsuneyasu pada minit ke-83 dan 90 perlawanan.

Nidzam juga memuji sikap pemain yang tidak mudah menyerah kalah walaupun separuh masa pertama dan sebahagian babak kedua mereka berdepan tentangan hebat daripada Selangor.

“Kami berdepan situasi yang menyaksikan hantaran-hantaran tidak menjadi tetapi barisan pertahanan bertahan dengan baik.

“Para pemain senior dan baru faham mereka perlu mencari jalan untuk mendapatkan gol penyamaan dan terus mencari peluang untuk menang,” ujarnya.

Jurulatih yang pernah membimbing Selangor musim lalu itu turut teruja sokongan padu peminat setia Hobin Jang Hobin yang hadir hingga tiket habis dijual.

“Bukan mudah untuk bermain di depan 25,000 seperti ini. Saya pun tidak ingat bila kali terakhir stadium ini penuh. Tapi kami gembira dan kami amat menghargainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI