fbpx
KEADAAN kereta mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 142 Jalan Kuantan-Seremban berhampiran Kampung Asli Bukit Serok di Rompin semalam.

Tiga maut, tiga parah Perodua Myvi bertembung pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMPIN – Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka ketika pulang daripada menghadiri kenduri kahwin di Melaka bertembung dengan sebuah trak pikap di Kilometer 142 Jalan Kuantan-Seremban berhampiran Kampung Asli Bukit Serok di sini semalam.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Aida Asmalia Abu Samah, 46, dan dua penumpang iaitu Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali,18, dan Chempaka Alara Azizi, 3.
Mangsa yang cedera parah termasuk ibu kepada Chempaka Alara dan anak kepada Aida Asmalia dan adik kepada Siti Auni Syafiqa.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan seterusnya melanggar trak pikap yang datang dari arah hadapan.
“Akibat kemalangan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua penumpang kereta meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah di sini,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, tiga lagi penumpang kereta jenis Perodua Myvi mengalami kecederaan parah, manakala pemandu trak pikap patah kaki kanan.
Menurutnya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.
“Berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan rata dan semasa kejadian permukaan jalan kering dengan cuaca baik dan cahaya cerah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN