fbpx
Mohd. Rozila menunjukkan kecederaan dialami selepas botnya disambar petir di Hospital Dungun hari ini.

Tekong bot dan pemancing cedera dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang tekong bersama empat pemancing berdepan detik cemas apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka disambar petir ketika hujan lebat dan ribut di kedudukan kira-kira 25 batu nautika dari Kuala Paka, dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan pemancing, Mohd. Rozila Omar 41 dan tekong bot dikenali Ibrahim, 55, mengalami kecederaan pada bahagian mata dan telinga.

Tiga lagi pemancing dikenali Sidek, 80, Zuki, 49, dan Hafizuddin, 35, hanya mengalami kecederaan ringan.

Mohd. Rozila berkata, sebelum kejadian hujan lebat dan ribut kencang berlaku kira-kira pukul 2 pagi menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.

“Ketika hujan lebat bot mula bergoncang dipukul ribut disusuli dengan guruh.

“Bot kami secara tiba-tiba dipanah petir yang sangat kuat menyebabkan bahagian belakang bot menyebabkan bahagian atap bot pecah dan enjin bot turut mati serta-merta,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, di sini, hari ini.

Mohd. Rozila berkata, kejadian itu menyebabkan kedua-dua matanya dan tekong cedera, selain mengalami pendarahan dalam di bahagian telinga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI