fbpx
TANG JIE dan Ee Wei mempunyai peluang cerah untuk melangkah sekurang-kurangnya ke separuh akhir pada edisi kali ini.

Tang Jie-Ee Wei intai podium di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGARAH Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky optimis beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kini semakin matang dalam mengawal corak permainan menjelang Kejohanan Dunia di Paris bermula hari ini hingga 31 Ogos.

Menurut Rexy, gandingan nombor empat dunia itu pernah berdepan masalah yang menjejaskan prestasi mereka, namun langkah proaktif diambil ketua jurulatih, Nova Widianto untuk memperkukuh kekuatan psikologi jelas memberi kesan positif kepada pasangan muda berkenaan.

“Saya lihat dalam latihan semuanya positif. Memang ada ketika mereka terlalu ghairah untuk buktikan kemampuan hingga prestasi jadi tidak stabil, tetapi secara keseluruhan mereka semakin berkembang dari segi mental dan corak permainan.

“Saya hanya pesan, bila turun ke gelanggang berikan segalanya dan nikmati permainan kerana aspek psikologi itu sangat penting,” katanya.

Rexy menegaskan, meskipun musim ini belum benar-benar konsisten, Tang Jie-Ee Wei tetap membuktikan kemampuan mereka dengan mara lima kali ke separuh akhir, malah corak permainan semakin profesional apabila berdepan situasi sukar.

“Kalau lihat laluan di Paris nanti, mereka ada peluang besar ke separuh akhir. Dari situ, mungkin akan berdepan beregu nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping,” ujarnya.

Bagi Rexy, harapan podium bukanlah sesuatu yang mustahil buat Tang Jie-Ee Wei, apatah lagi pengalaman musim ini dilihat sudah mematangkan mereka untuk bersaing di pentas berprestij.

Kejohanan Dunia edisi ke-29 itu akan berlangsung di Adidas Arena, Paris dengan menghimpunkan barisan pemain terbaik dunia yang memburu gelaran juara serta ganjaran 14,000 mata ranking BWF. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI