KANGAR – Kejadian ribut yang melanda negeri ini, petang tadi mengakibatkan sebahagian bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis, di sini tercabut dan diterbangkan angin kencang.
Video kejadian yang tular di media sosial memaparkan bumbung bangunan sekolah berkenaan terangkat sebelum tercampak ke kawasan bersebelahan.
Difahamkan, sebahagian bumbung tersebut turut terkena sebuah kereta yang diletakkan berhampiran.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan, sebuah rumah di Kampung Balik Bukit, Chuping, rosak pada bahagian bumbung akibat dibadai angin kuat. – KOSMO! ONLINE