fbpx
Grealish telah dipinjamkan daripada pasukan Manchester City selama semusim. - Foto ihsan Everton FC

Prestasi Jack Grealish makin memukau – Moyes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengendali Everton, David Moyes mengakui tidak terkejut dengan prestasi memukau Jack Grealish selepas membantu pasukan melakar kemenangan 2-0 ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Pada perlawanan itu, Grealish telah mempamerkan kelincahan di posisi sayap kiri sebelum membuat hantaran tepat kepada Iliman Ndiaye dan James Garner untuk meledak gol buat tuan rumah.

Kata Moyes, apa yang dipamerkan oleh Grealish adalah sesuatu yang normal memandangkan prestasinya ketika bersama Manchester City dan Aston Villa sebelum ini juga cukup cemerlang.

“Saya gembira semua orang teruja dengan prestasi Grealish kerana dia beraksi dengan baik sepanjang perlawanan dan tidak kehilangan bola. Dia telah berikan pasukan dimensi yang berbeza di jentera serangan.

“Secara peribadi, saya memberi kebebasan kepada Grealish untuk bermain di posisi kegemarannya. Ketika bersama City, dia masih bermain dengan baik tetapi tidak mendapat minit permainan yang mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Moyes turut gembira dapat memulakan era di venue baharu, Stadium Hill Dickinson dengan langkah kanan dan berharap ia memberi sinar harapan dalam usaha menamatkan penantian trofi lebih 30 tahun.

“Dalam tempoh 100 tahun akan datang, ramai jurulatih bakal tiba dan pergi tetapi stadium ini akan kekal. Saya harap ia akan menjadi saksi kepada detik bersejarah kelab tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI