fbpx
KEROSAKAN pada bumbung SK Seri Perlis di Kangar akibat dibadai ribut, petang tadi.

Peruntukan segera baiki bumbung SK Seri Perlis diterbangkan ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Peruntukan bencana susulan kejadian ribut yang menerbangkan bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis, di sini petang tadi akan disalurkan dengan kadar  segera.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bagi memastikan kerja-kerja baik pulih dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

“Saya minta Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk menyediakan laporan penuh kerosakan. Peruntukan bencana akan disalurkan supaya kerja baik pulih dapat dilaksanakan segera,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau bersyukur kerana tiada warga sekolah termasuk murid dan guru terjejas dalam kejadian bencana tersebut.

“Buat waktu ini, SK Seri Perlis akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi memastikan aspek keselamatan warga sekolah terpelihara,” ujarnya.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang tadi, bumbung bangunan yang menempatkan beberapa kelas terangkat dan melayang sejauh hampir 30 meter hingga ke pagar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI