fbpx
Peserta duduk sambil mengelamun. - tvOne

Pertandingan mengelamun dapat sambutan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah pertandingan mengelamun diadakan di Jogjakarta sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-80 baru-baru ini, lapor laman berita Panen Talks.

Menurut ahli jawatankuasa penganjuran acara, Primas Tri Jati, pertandingan itu diinspirasikan dari Jepun, di mana pertandingan mengelamun telah diadakan beberapa tahun lalu.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu mengelamun paling mempunyai ekspresi, paling lama dan berpenampilan paling nyata.

Primas menjelaskan bahawa pertandingan itu membawa mesej penting iaitu di tengah-tengah gaya hidup yang pantas, bertindak secara perlahan bukanlah kelemahan, sebaliknya kekuatan.

“Kami ingin memberitahu orang ramai bahawa berkhayal, perlahan dan tidak melakukan apa-apa itu bukan satu kesalahan.

“Berehat daripada rutin anda bukanlah kemalasan tetapi sebahagian daripada mengekalkan kewarasan,” jelasnya.

Pada mulanya, penganjur menyasarkan hanya 20 peserta, namun seramai 120 mendaftar untuk menyertai acara itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI