fbpx
Tangkap layar rakaman video Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis tular di media sosial

‘Minta DAP turun dan betulkan sendiri bendera ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Minta tolong beritahu pak menteri atau DAP untuk turun dan betulkan sendiri bendera ini,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Beliau mengulas isu terbaru membabitkan Jalur Gemilang didakwa dipasang secara terbalik di sebuah premis perniagaan yang tular di media sosial.

Beliau dalam nada sindiran berkata, DAP perlu memperbetulkan Jalur Gemilang tersebut untuk mengelakkan rakyat yang membetulkannya didakwa di mahkamah.

” Nanti kalau rakyat yang betulkan, kena dakwa (di mahkamah) pula. Kalau pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi hukuman, ada golongan yang tidak berpuas hati pula minta tarik hukuman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dr. Muhamad Akmal berkata, Jalur Gemilang tidak akan dihormati selagi tiada tindakan dan hukuman keras dikenakan terhadap pihak yang beliau sifatkan sebagai kurang ajar.

“Selagi tidak berkeras dan tiada hukuman kepada golongan yang kurang ajar ini, selagi itulah bendera ini tidak akan dihormati. Ini negara kita yang perlu dihormati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI