fbpx
HAALAND seakan tidak percaya mereka tewas mengejut kepada Spurs di laman sendiri kelmarin. - AFP

Man. City belum mampu menang EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyeru agar pemain-pemainnya menggandakan usaha selepas tewas mengejut 0-2 kepada Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad kelmarin.

Pada perlawanan itu, harapan The Citizens untuk melakar kemenangan kedua musim ini tidak kesampaian selepas jentera serangan yang diketuai Erling Haaland tumpul sehingga terpaksa akur gagal meraih mata di laman sendiri.

Kata Guardiola, kekalahan tersebut akan menjadi pemangkin semangat buat pasukan untuk tampil lebih bersedia dalam usaha merampas gelaran EPL daripada Liverpool musim ini.

“Banyak perkara saya belajar kali ini kerana kita menentang Spurs yang berbeza dan ia seperti perlawanan bertemu Brentford. Kita cuba untuk merombak strategi tetapi dalam masa yang sama pasukan melakukan kesilapan mudah.

“Apa yang pasti, saya tidak mahu kekalahan ini memberi tekanan kepada barisan pemain kerana kita baru mengharungi perlawanan kedua. Cuma, saya harap pasukan dapat tampil lebih serius pada aksi akan datang,” katanya.

Sementara itu, tonggak City, Ruben Dias mengakui kegagalan rakan sepasukan mengikut arahan taktikal diterapkan oleh barisan kejurulatihan menjadi punca tewas pada aksi kali ini.

“Saya rasa kita memandang rendah keupayaan lawan kerana Spurs adalah pasukan yang berkualiti terutama ketika melakukan serangan. Kita cuba untuk bangkit tetapi tidak berjaya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI