Insiden pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas sejurus berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Kuantan malam Khamis lalu bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Lebih-lebih lagi ia merupakan kejadian pertama melibatkan pesawat F/A-18 milik TUDM yang mula beroperasi sejak 1997 atau ketika usianya sudah mencecah 28 tahun. Ironinya, insiden membabitkan pesawat itu berlaku pada saat negara sedang menantikan ketibaan pesawat F/A-18 terpakai dari Kuwait untuk menambah sengat pertahanan udara negara. Dari sudut lain, ia……