REMBAU – Seorang pesara guru yang memulakan perkhidmatan sebelum zaman kemerdekaan berkongsikan pengalaman mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Seremban merupakan pengalaman paling indah dalam kerjayanya. Pesara guru berkenaan, Cikgu Mohd Faridun Mohd Jonid, 90, berkata, ironinya dia memulakan perkhidmatan di sekolah berkenaan selepas menjalani pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu iaitu kira-kira dua tahun selepas merdeka. Katanya, pada masa berkenaan, dia mengayuh basikal dari kediamannya di Taman Tasik seawal hari pertama pendaftaran di SMJK Chan……