fbpx
Gambar hiasan

Gempa Segamat: Perkhidmatan hospital tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Perkhidmatan Hospital Segamat beroperasi seperti biasa meskipun daerah ini mengalami gegaran gempa bumi lemah semalam.

Pengarah Hospital Segamat, Dr. Faidzal Adlee Abdul Ghafar berkata, semua perkhidmatan termasuk pesakit luar, kecemasan dan rawatan tidak terjejas.

“Berikutan gegaran gempa bumi yang dirasai di sekitar bandar Segamat pada awal pagi semalam, pihak hospital telah mengambil langkah segera dengan menjalankan pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh di seluruh bangunan dan fasiliti hospital.

“Hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal Jabatan Kerja Raya mendapati keadaan hospital adalah selamat. Tiada sebarang kerosakan yang menjejaskan keselamatan mahupun perkhidmatan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI