fbpx
MOHD. JAFNI (depan, empat dari kanan) melakukan gimik perasmian sempena Majlis Pra-Pelancaran Johor Smart City Forum 2025 di Kulai hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Gempa Segamat: Jumlah kerosakan, kerugian belum diperolehi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah kerosakan dan nilai kerugian disebabkan gegaran gempa bumi yang berlaku di daerah Segamat dan Kluang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, gegaran gempa bumi yang dilaporkan berlaku pada pukul 6.13 dan 9 pagi itu disifatkan sebagai gegaran yang lemah.

“Setakat ini kita belum menerima laporan penuh jumlah kerosakan dan nilai kerugian yang dialami disebabkan gempa bumi itu.

“Ini adalah pertama kali, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan berlaku gegaran gempa bumi lemah di dua daerah ini. Kita akan lakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan penduduk,” katanya pada Majlis Pra-pelancaran Johor Smart City Forum di Hotel Impiana Senai, di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Pemangku Pengarah PlanMalaysia Johor, Mohd. Faizalnizam Md. Zin.

Mohd. Jafni berkata, elemen pengesanan bencana termasuk gempa bumi akan menjadi sebahagian daripada petunjuk pembangunan Smart City (Bandar Pintar) Johor pada masa hadapan.

Beliau berkata, sistem amaran awal bencana melalui telefon pintar sedang dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam pelan Smart City negeri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI