fbpx
Kolej Komuniti Segamat

Gempa bumi: Dinding bangunan Kolej Komuniti Segamat retak kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dinding bangunan dan beberapa ruang bahagian dalam Komuniti Segamat (KKS) dan Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) di Johor mengalami keretakan kecil disebabkan insiden gempa bumi di daerah tersebut semalam.

Sehubungan itu, warga KKS dan KKS2 dibenarkan melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian dan Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 25 hingga 27 Ogos ini sebagai langkah keselamatan.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media berkata, keretakan kecil pada bangunan KKS dan KKS2 itu dikesan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR)

“Ia tidak melibatkan kerosakan pada struktur dan bahagian rasuk struktur bangunan. Bagaimanapun, satu siasatan forensik bangunan akan dilaksanakan dengan lebih terperinci dalam masa terdekat melibatkan JKR Johor Bahru.

“KKS2 turut dikunjungi JKR Segamat bagi menjalankan pemeriksaan bangunan terutama di dua blok asrama yang menempatkan lebih kurang
200 pelajar.

“Pelajar telah diarahkan pulang bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan bangunan dengan lebih lanjut, namun operasi pejabat akan berjalan seperti biasa,” kata kenyataan itu hari ini.

Kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 dengan kedalaman 10 kilometer berlaku di Segamat pada pukul 6.13 pagi semalam dan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan lain termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

“Pihak Jabatan akan terus memantau rapat keadaan ini bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kelancaran operasi institusi terus terjamin,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI