fbpx
Empat tertuduh kes bunuh diiringi kira-kira 14 anggota polis termasuk yang bersenjata di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

14 anggota bersenjata kawal empat tertuduh kes bunuh koperal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALOR SETAR – Seramai 14 anggota termasuk daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah mengawal ketat empat lelaki yang didakwa membunuh seorang koperal di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Sebahagian daripada mereka yang merupakan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) JSJ Kedah memakai pakaian serba hitam dan dilengkapi senjata.
Keempat-empat tertuduh yang menaiki kenderaan polis tiba pada pukul 8.37 pagi sebelum dibawa masuk ke kamar mahkamah untuk dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka ialah Muhamad Badry Muhamad Azami, 24, Mohamad Hafiz Khazli, 26, Badri Iman Abdul Nasir, 25, dan Mohd Saifuan Mohd Noor, 34.
Pada prosiding itu, kesemua tertuduh mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Eliana Ismail.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membunuh Koperal Mohd. Hafizul Izham Mazlan, 35, di hadapan sebuah rumah di Taman Golf, di sini pada pukul 3.43 petang, 7 Ogos lalu.
Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman gantung.
Kosmo! pada 7 Ogos lalu melaporkan Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut dirempuh dan digilis kenderaan utiliti sukan jenis Lexus yang dinaiki empat penjenayah ketika melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Golf.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI