fbpx
Menara Tabung Haji Tun Razak

Dewan Negara: Tabung Haji teliti cadangan beli tanah di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) akan meneliti cadangan pembelian tanah di Arab Saudi bagi menambah baik perkhidmatan kepada bakal jemaah Haji Malaysia pada masa akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, penilaian mengenainya namun perlu menyeluruh dengan mengambil kira keadaan pasaran semasa, tahap risiko dan keupayaan kewangan TH.

“TH terbuka mengkaji kesesuaian cadangan yang dapat mengawal peningkatan kos untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan yang dapat memberi nilai tambah demi kebaikan para jemaah dalam kerangka kemampuan kewangan TH.

“Kajian berkaitan pasaran hartanah semasa, kebolehlaksanaan, tahap risiko dan sebagainya perlu dilaksanakan secara mendalam dan teliti bagi memastikan pelaburan ini bersifat selamat untuk jangka masa panjang,” katanya pada sidang Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Hussin Ismail sama ada TH bercadang untuk menambah aset dengan membeli tanah di kawasan berdekatan Masjidil Haram.

Terdahulu, Zulkifli berkata, TH berjaya mengikat perjanjian dengan beberapa buah hotel penginapan yang jarak lokasinya dalam radius satu kilometer (KM) daripada Masjidil Haram.

Menurut beliau, jumlah itu mencukupi untuk menempatkan kesemua jemaah haji muassasah negara.

“Buat masa ini di Mekah kita ada tujuh bangunan yang mendapat kontrak yang sangat baik, yang panjang dan juga di Madinah.

“Kita ada tiga bangunan yang sangat baik dan ini semuanya berada di radius satu km yang dicemburui oleh negara-negara lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI