fbpx
INA Naim bersama anaknya, Hadie kini berjuang dalam program Talk To My Manager meneruskan karier seni yang ditinggalkan Suhaimi Saad.

‘Bukan saya patut duduk di kerusi pengurus tapi arwah ayah dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tidak dapat menahan sebak di atas pentas, penyanyi Ina Naim mengakui terkenangkan arwah suaminya, Suhaimi Saad yang lebih layak duduk di kerusi pengurus bagi menguruskan anaknya, Hadie dalam program realiti Talk To My Manager.

Bagaimanapun, Ina nama lengkapnya Nordiana Mohd. Naim, 41, kekal kuat untuk memberi bimbingan kepada anaknya sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

“Sebenarnya bukan saya yang patut duduk di situ (kerusi pengurus), tapi arwah ayah dia sebab dia yang mendidik dari kecil sampai besar.

“Tapi dia tak dapat melihat anaknya duduk di atas pentas. Saya yang ganti dan nak buat yang terbaik untuk ayah dia.

“Saya ambil aura-aura dan kekuatan daripada ayah dia sebab itu saya sertai program Talk To My Manager ini,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.

Berada di kedudukan tercorot, Ina mengakui ada kekangan masa selain penukaran lagu pada saat terakhir menjadi punca Hadie tidak dapat memberikan yang terbaik.

“Kalau kita duduk di atas (pentas) baru tahu macam mana dan ikutkan memang minggu ini kami ada kekangan masa sangat.

“Memang kurang buat kerja sebab itu markah kami rendah. Insya-Allah selepas ini kami akan perbaiki lagi.

“Sebenarnya kami dah kena tukar lagu, ada beberapa hak yang tak bolehkan. Itu yang hilang mood,” jelasnya.

Hadie pula berjanji untuk terus berusaha demi memberi contoh terbaik buat adik-adiknya.

“Saya masuk sini, cuba nak buat yang terbaik dan tunjuk kepada adik-adik walaupun kita tak seberapa tak pergi sekolah macam orang lain tapi kita boleh.

“Insya-Allah, kita boleh buat yang terbaik macam orang lain juga. Kita pun boleh berjaya,” tuturnya.

Hadie dan Ina Naim berada di kedudukan terakhir dalam Talk To My Manager selepas mendendangkan lagu Sangkar Derita.

Talk To My Manager merupakan program yang menampilkan pasangan pengurus dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI