fbpx
Antara GRO warga asing berusia 22 hingga 38 tahun yang ditahan dalam Op Noda.

87 pub diserbu hujung minggu, 215 gadis GRO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 66 pusat hiburan di seluruh negara dikesan beroperasi secara haram dalam Op Noda yang dijalankan hujung minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, dalam operasi itu, pihaknya bersama kontinjen negeri melakukan pemeriksaan terhadap 87 premis hiburan.

“Hasil pemeriksaan bukan sahaja mendapati majoriti premis tidak berlesen, malah kita turut menahan pemilik, pekerja, pelanggan dan 215 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing berusia 22 hingga 38 tahun.

“Mereka terdiri daripada 76 warga Thailand, Indonesia (35), Vietnam (65), Myanmar (28), China (5), Laos (2) dan Kemboja (4).

“Semua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis daerah berdekatan untuk proses dokumentasi dan siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.

Menurut beliau, operasi itu dijalankan serentak membabitkan pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) JSJ Bukit Aman dengan kerjasama kontinjen negeri.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tambah beliau, tindakan turut diambil mengikut Enakmen atau Ordinan Hiburan negeri masing-masing.

“Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dalam usaha membanteras aktiviti tidak bermoral ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI