fbpx
SEEKOR gajah menterbalikkan trak mini. - Foto X/@susantananda

Trak terbalik disondol gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Satu rakaman video tular memaparkan seekor gajah menterbalikkan sebuah trak  mini di sebatang jalan raya yang sunyi di India, lapor saluran berita NDTV semalam.

Video itu  dimuat naik baru-baru ini dan mencetuskan perbahasan baharu mengenai kepentingan memberi ruang dan penghormatan sewajarnya kepada hidupan liar.

Bekas pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS), Susanta Nanda memuat naik klip video itu  dengan menyatakan, tindakan gajah tersebut mencerminkan bukan sahaja kekuatan tetapi juga tekanan yang dialaminya. 

Sebahagian netizen memberikan komen dengan salah seorang menulis: “Mengapa tidak sediakan koridor khas (laluan haiwan) di bandar, kota atau lebuh raya sebagai penghormatan kepada haiwan liar?”

Seorang netizen lain berkata: “Ketika memandu atau melalui jalan seperti ini, jika terserempak dengan haiwan liar, kecil atau besar, tunggulah dengan sabar.

“Jangan bunyikan hon, jangan panik. Haiwan liar  akan pergi dengan sendiri,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI