fbpx
GAMBAR HIASAN

Tiga lelaki curi kabel, rempuh kenderaan ketika larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka merempuh beberapa kenderaan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 2.45 petang di Jalan Cheras apabila sepasukan polis menahan tiga lelaki berusia 30 hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan empat karung guni berisi kabel tembaga. Kesemua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam kecurian kabel serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, permohonan reman kesemua suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula 24 hingga 27 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial selepas sebuah video dimuat naik melalui aplikasi Threads oleh pengguna akaun @yinsidiqe.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN