KETIKA ramai masih bercakap tentang kemelut Anna Jobling dan ibunya, Zul Ariffin muncul meledakkan media sosial dengan perkongsian foto-foto tidak berbaju.
Selain tidak berbaju, paling mencuri tumpuan pastinya badannya yang berurat dan kekar, memang ramai peminat wanita tidak senang duduk dibuatnya.
Tapi Diva pelik juga kenapa tiba-tiba Zul galak berkongsi gambar tanpa baju, mungkin ada filem baharu.
Bila sudah kongsi foto begitu, memang banyak komen nakal yang muncul terutama daripada peminat wanita. Yang lucunya, ada juga peminat wanita Zul yang berstatus isteri orang pun berasa ‘terkesan’ dengan foto tersebut.
Nak ‘pangkah’ risau suami tertengok, tak pasal bermasam muka, nak dibiarkan, rasa nak ‘like’. Alahai Zul, makin muda pula sejak dah kembali turun berat badan. Harap para suami semua, ikutlah macam Zul, mana tahu si isteri jatuh cinta lagi berkali ganda dibuatnya.
“Tadi mengantuk tapi tiba-tiba mata segar selepas lihat gambar abang Zul.
“Sudah cukup sebelum kami pindah ke planet lain, ‘panas’ sangat,” usik netizen.
Diva pun tergamam Zul jual badan sadonya kepada umum tapi tak mengapalah, kalau dia selesa biarkan sahaja.
Yang bestnya, bintang Sheriff itu tak ambil hati dengan kata-kata netizen, baginya peminat cuma menyakat. Terbaiklah Zul, awak pun bujang, teruslah menjadi hero Malaya terhangat di pasaran buat masa ini.
DIVA: Kasihan Daiyan Trisha asyik kena fitnah dibela ‘sugar daddy’ hanya disebabkan kehidupan mewahnya.














