fbpx
Anggota polis mengangkat mayat Muhammad Irfan Izzuddin yang maut kemalangan di Unit Forensik Hospital Dungun hari ini.

Seorang lagi peserta RXZ Members maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 342.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.22 tengah hari, mangsa, Muhammad Irfan Izzuddin Md. Ahzli, 20, yang merupakan pembantu kedai makan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Difahamkan, sewaktu kejadian, Muhammad Irfan Izzuddin mengikuti konvoi untuk pulang ke rumahnya di Segamat, Johor selepas menghadiri Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha LC dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terseret ke lorong kanan lebuh raya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, empat peserta RXZ Members 7.0 telah maut akibat terlibat dalam kemalangan di lokasi berasingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI