fbpx
MetMalaysia mengesahkan satu lagi gempa bumi lemah magnitud 2.8 pukul 9 pagi di Johor.

Satu lagi gempa bumi lemah di Johor pukul 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu lagi gempa bumi lemah di Johor pukul 9 pagi tadi.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, kejadian gempa bumi lemah itu berlaku di koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur dengan magnitud 2.8 serta jarak 28 kilometer (km) Barat Laut Kluang, Johor dengan kedalaman 10 km.

“Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini. Mohon tuan, puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/wnvUfvdCEs9k64Uv5,” menurut MetMalaysia.

Dalam pada itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI