fbpx
Pasar Besar Kedai Payang dipenuhi peserta RXZ Members untuk membeli cenderamata di Kuala Terengganu hari ini.

RXZ Members 7.0 jana limpahan ekonomi RM50 juta buat Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Penganjuran Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus selama dua hari sehingga semalam membawa limpahan ekonomi dianggarkan mencecah RM50 juta kepada Terengganu.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ariffin Deraman berkata, anggaran itu berdasarkan perbelanjaan minimum setiap kira-kira 150,000 peserta program tahunan tersebut.

“Jika seorang peserta membelanjakan sekurang-kurangnya RM100, kita sudah boleh menjana sekitar RM10 juta. Begitupun ramai yang berbelanja hingga RM500, nilai keseluruhan suntikan ekonomi boleh meningkat sehingga RM50 juta.

“Selain itu, terdapat juga kesan berganda apabila hotel, inap desa, restoran, premis perniagaan termasuk Pasar Besar Kedai Payang, pusat beli-belah KTCC dan Mayang Mall yang dipenuhi pengunjung sejak Jumaat lalu,” katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata, penganjuran Himpunan RXZ Members turut memberi peluang besar kepada lebih 15,000 usahawan kecil tempatan berdaftar di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) serta lebih 20,000 peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau berkata, kehadiran 150,000 peserta dari seluruh negara jelas membuktikan Terengganu mampu menjadi tuan rumah kepada acara berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti usahawan tempatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI