fbpx
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 1.2 NKVE, Shah Alam, hari ini.

Pelajar maut, ‘rider’ parah dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 1.2 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 2.30 pagi itu melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 16 dan 22 tahun yang menunggang dua motosikal berasingan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang yang menunggang Yamaha Lagenda itu dipercayai hilang kawalan lalu tergelincir dan jatuh di lorong tengah.

Jelasnya, seorang penghantar barang yang kebetulan berada di lokasi itu kemudian berhenti dan mahu membantu penunggang mangsa.

“Namun, secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan telah melanggar dua penunggang motosikal berkenaan.

“Kemalangan itu mengakibatkan pelajar itu maut di tempat kejadian manakala seorang lagi parah di kepala dan dibawa ke Hospital Shah Alam bagi rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI