fbpx
Peserta Himpunan Pasak Kedah membawa pisang di Taman Rimba, Alor Setar hari ini.

Pasak Kedah dakwa Himpunan Honggaq Kedah gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Himpunan Pasak berjaya mengumpulkan lebih 200 peserta di Taman Rimba berdekatan Wisma Darul Aman di sini hari ini bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Penganjur himpunan, Mohammad Haromen Zaki berkata, kehadiran ramai peserta itu membuktikan rakyat Kedah menghargai usaha kerajaan negeri dalam menangani isu pembangunan serta bekalan air, meskipun berdepan pelbagai tohmahan.

Beliau juga mendakwa, Himpunan Honggaq Kedah yang turut dianjurkan serentak berdekatan Wisma Darul Aman bagi mengkritik kepimpinan Menteri Besar itu gagal meraih sambutan.

“Kami dapat laporan himpunan mereka tidak sampai 50 orang pun, sedangkan di sini lebih 500 orang berhimpun menyatakan sokongan. Ini bukti rakyat masih percaya kepada kepimpinan negeri,” jelasnya ketika ditemui selepas perhimpunan tersebut.

Dalam himpunan itu, peserta turut membawa simbolik pisang yang menurut beliau sebagai protes kepada penganjur dan penyokong Himpunan Honggaq Kedah. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI