ENTAH kenapa jaki betul segelintir manusia dengan kemewahan dimiliki Datin Intan Najuwa sampai segala benda membabitkan pelakon itu dikecam.
Tidak cukup mengutuk dirinya, ada juga yang menjadikan permata hatinya, Imane Lunara sebagai sasaran perasaan kurang puas hati.
Lebih teruk, komen yang ditinggalkan di hantaran foto Intan dan anaknya berbaur seksual lengkap dengan perkataan mencarut dan memualkan.
Seolah-olah si kecil yang tidak berdosa itu buat salah besar kepada si pengecut kaki kutuk yang berselindung di sebalik akaun media sosial.
Disebabkan gangguan sebegitu, ramai peminat menegur pengguna akaun terbabit agar berhati-hati, jangan sampai diheret ke muka pengadilan.
Janganlah jadikan kanak-kanak mangsa ketidakpuasan hati apatah lagi tiada sebab pun nak serang Intan dan anaknya. Entahlah, ramai yang sakit jiwa agaknya.
Diva: Suka tengok keletah Imane Lunara yang makin bijak.














