fbpx
SEBAHAGIAN daripada aksi menarik pertembungan Negeri Sembilan dan Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar tadi. - MFL

Liga Super: Negeri Sembilan bangkit aibkan Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SEREMBAN – Pemain gantian, Mio Tsuneyasu layak untuk digelar ‘super sub’ di kalangan peminat Negeri Sembilan apabila menyumbangkan dua gol penting untuk tewaskan Selangor FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar tadi.

Selepas memulakan aksi dengan cemerlang, The Red Giants wajar menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan tuan rumah merobek gawang mereka dalam tempoh 10 minit terakhir.

Kemenangan itu juga terus mengukuhkan reputasi Negeri Sembilan sebagai salah satu pasukan yang paling menarik untuk disaksikan musim ini.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan yang mendapat sokongan padu daripada lebih 25,000 penonton terlebih dulu dihukum oleh Selangor FC, menyaksikan pertahanan pelawat, Richmond Tetteh Ankrah membuka jaringan pada minit ke-12.

Pelawat hampir menambah jaringan pada minit ke-23 menerusi Faisal Halim namun percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol, Muhammad Azri Ghani.

Bersambung babak kedua, tuan rumah yang kini dilatih oleh bekas pengendali The Red Giants, Nidzam Jamil mula menggandakan asakan namun terpaksa menanti hingga minit ke-82 untuk menyamakan kedudukan menerusi Tsuneyasu.

Ketika aksi hampir berakhir dengan keputusan seri, Tsuneyasu terus mengukuhkan reputasinya apabila sekali lagi mencuri perhatian, meledak gol kemenangan pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI