fbpx
PEMAIN warisan, Joao Figueiredo (kanan) cemerlang melakukan umpanan yang disudahkan oleh Jairo da Silva. - JOHOR Southern Tigers

Liga Super: Kerja keras JDT buahkan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUCHING – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuching City FC di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Kuching City FC yang turut cemerlang pada saingan musim lalu nyata cukup bersedia untuk berdepan ancaman daripada JDT yang dibarisi ramai pemain berkualiti termasuk bintang naturalisasi Harimau Malaya.

Terdahulu, aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang separuh masa pertama namun benteng tuan rumah yang dikeuai oleh James Okwuosa wajar menerima pujian kerana mampu bertahan dengan baik.

Disebalik beberapa peluang tercipta, Harimau Selatan terpaksa akur untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan seimbang terikat tanpa jaringan.

Kira-kira empat minit selepas aksi bersambung, Kuching City FC kehilangan seorang pemain apabila Yuki Tanigawa dilayangkan kad merah dan memaksa pengendalinya, Aidil Sharin Sahak mengeluarkan Hazwan Bakri dan digantikan dengan Rodney Celvin bagi perkukuhkan barisan pertahanan.

Kelebihan seorang pemain nyata membuka peluang untuk JDT meledak gol penting perlawanan menerusi tandukan Jairo da Silva pada minit ke-61.

JDT turut memperoleh beberapa lagi peluang terbaik namun penjaga gol tuan rumah, Haziq Nadzli nyata lebih bersedia untuk melakukan halangan.

Kemenangan kali ini menyaksikan JDT kekal dengan rekod bersih dalam tiga perlawanan awal dan kini kembali mendahului carta Liga Super dengan mata maksimum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI