fbpx
Gambar hiasan

‘Jiran datang rumah, tanya password WiFi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu keluarga menyedari internet di rumah sering berdepan masalah perlahan dan lambat, rupa-rupanya berpunca daripada perbuatan jiran yang tidak fikir halal haram mencuri WiFi mereka.

Perbuatan itu disedari apabila seorang daripada ahli keluarga itu berkunjung ke rumah jirannya dan dia terlihat pelekat pada almari tertulis WiFi dan kata laluan milik mereka.

Pengalaman itu diceritakan seorang pengguna Facebook Luke Fern pada salah satu hantaran berkait kejadian jiran-jiran mencuri WiFi tanpa disedari tuan rumah.

“Aku pula kejadian kakak aku pergi kenduri rumah jiran. Nampak pelekat nota tampal kat almari rumah dia bertulis ID dan password WiFi rumah kita orang.

“Hebat tak jiran kami? Terus aku buat semula segala kata laluan dah set WPA2. Patutlah line WiFi rumah perlahan. Tak tahu lah macam mana dia hack,” katanya.

Seorang pengguna Facebook Zuraida Zainuddin berkata, dia pernah berdepan jirannya terdiri daripada orang-orang bujang menggunakan WiFi dari rumahnya.

“Pernah kena jiran sebelah geng-geng bujang. Yang abahnya marah anak-anak main permainan video online. Rupa-Rupanya jiran sebelah. Tukar password, baru lah…,” katanya.

Pengguna Facebook Nur Emilia Azam pula bercerita mengenai jirannya yang datang ke rumah semata-mata mahu bertanya sama ada mereka sudah tukar kata laluan.

“Tiba-tiba teringat jiran mak aku dulu. Berhenti kereta tanya, dah tukar password ke tak boleh guna WiFi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI