fbpx
Sebahagian penyokong yang hadir pada Himpunan Honggaq Kedah sempena penyerahan memorandum kepada Muhammad Sanusi di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

‘Honggaq Kedah’ serah memorandum tuntut penjelasan Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

ALOR SETAR – Sekretariat Suara Anak Kedah hari ini menyerahkan memorandum berkaitan 10 isu utama melibatkan kerajaan negeri kepada Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Memorandum 26 muka surat itu diserahkan oleh pengarahnya, Sulaiman Ibrahim kepada Ketua Kerani Pejabat MB Kedah, Mohd. Zohir Md Rejab di hadapan Wisma Darul Aman di sini pada pukul 2.30 petang tadi.

Sulaiman memberitahu, pihaknya memberi masa kepada Muhammad Sanusi tempoh seminggu untuk menjelaskan isu itu dan dua tahun supaya kerajaan negeri melaksanakan janjinya.

“Sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas kita akan pergi ke akar umbi, rakyat marhaen dan golongan miskin untuk menjelaskan isu ini supaya mereka membuka mata,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Dalam pada itu, sempena penyerahan memorandum tersebut turut berlangsung Himpunan Honggaq Kedah di hadapan Wisma Darul Aman yang disertai kira-kira 70 penyokongnya.

Sulaiman membacakan 10 isu utama dalam memorandum bertajuk 10 Kegagalan Isu Utama Rakyat Kedah itu antaranya menyentuh kegagalan slogan pembangunan The Greatest Kedah, pengangguran, pelancongan, operasi kuari, pengurusan tanah, pembalakan serta kedudukan penjaja kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI