fbpx
SANIMAN menunjukkan keadaan 'skirting' siling Surau Kampung Sanglang, Buloh Kasap, Segamat yang jatuh akibat gegaran gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi. - Foto FARAHWAHIDA AHMAD / KOSMO!

Gempa Segamat: ‘Tengah tahiyat akhir rasa gegaran, dentuman kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seorang imam dan beberapa jemaah yang sedang menunaikan solat subuh di Surau Kampung Sanglang, Buloh Kasap, di sini berdepan detik cemas apabila merasa gegaran gempa bumi awal pagi tadi.

Menurut Imam Surau Kampung Sanglang, Saniman Abdul Samad, 63, ketika kejadian dia sedang mengimamkan solat subuh kira-kira pukul 6.13 pagi bersama beberapa orang jemaah di surau berkenaan.

“Ketika kejadian, kami semua sedang solat subuh dan tengah tahiyat akhir. Sebelum memberi salam, kami rasakan gegaran yang agak kuat.

“Selepas itu bunyi dentuman kuat. Kami semua terkejut dan kemudian nampak ‘skirting’ (kemasan) siling surau jatuh di dalam ruang solat.

“Mujur tidak kena jemaah ketika solat. Alhamdulillah Allah lindungi kami semua. Ini adalah pengalaman pertama saya merasa gempa bumi lebih-lebih lagi ketika sedang solat,” katanya ketika ditemui di Kampung Sanglang, Buloh Kasap pagi ini.

Tambah Saniman, pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah hadir melihat keadaan surau selepas kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI