fbpx
Keadaan di Surau Kampung Sanglang, Buloh Kasap di Segamat selepas gegaran gempa bumi pagi tadi. - Foto MEDIA SOSIAL

Gempa bumi magnitud lemah, tak perlu bimbang – KP MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meminta orang ramai agar tidak perlu bimbang kerana gempa bumi yang berlaku pada pagi tadi di Johor adalah pada magnitud lemah.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, berdasarkan analisis MetMalaysia, kedua-dua kejadian gempa bumi tersebut berlaku di Zon Sesar Mersing.

Menurutnya, gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 dengan kedalaman 10 km berlaku di Segamat, Johor pukul 6.13 pagi dengan lokasi kejadian pada koordinat 2.51° Utara, 102.76° Timur, kira-kira 5 kilometer (km) barat Segamat.

“Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang. Kejadian ini juga dikesan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia.

“Gempa bumi susulan bermagnitud 2.8 direkodkan pukul 9 pagi di kawasan Yong Peng, kira-kira 28 km barat laut Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan serta menghubungi talian hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI