fbpx
METMalaysia mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi lemah di sekitar Segamat hari ini.

[VIDEO] Gempa bumi 4.1 magnitud di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan berlaku kejadian gegaran gempa bumi lemah di beberapa lokasi di sekitar daerah ini awal pagi tadi.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, gegaran berukuran 4.1 magnitud berlaku kira-kira pukul 6.13 pagi hari ini.

Jelas kenyataan itu, jarak gegaran dapat di rasai di beberapa tempat yang berkedudukan 5 kilometer (km) barat dari pusat bandar Segamat dengan kedalaman 10 km.

Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI