fbpx
Eze anggap Crystal Palace telah menaikkan semula kariernya selepas kecewa ‘dibuang’ daripada akademi Arsenal pada usia 13 tahun. - Foto ihsan Facebook Arsenal

Eze ada karisma, bakal bantu Arsenal julang EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menganggap The Gunners kini serba sempurna selepas melengkapkan perpindahan Eberechi Eze daripada Crystal Palace dengan nilai keseluruhan £67.5 juta (RM385.4 juta) awal pagi tadi.

Eze telah diberikan jersi No. 10 dan diperkenalkan secara rasmi sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Leeds United yang menyaksikan Arsenal berpesta gol dengan dengan keputusan 5-0.

Menurut Arteta, keputusan untuk menandatangani khidmat Eze adalah perpindahan paling mudah untuk dilakukan kerana keinginan pemain berusia 27 tahun itu untuk kembali menyarung jersi Arsenal.

“Pada Rabu lepas, saya telah dihubungi Eze bahawa dia menyatakan Tottenham Hotspur mahu mendapatkan khidmatnya. Dia menawarkan diri untuk Arsenal dan saya membuat keputusan untuk kita cuba lakukan bidaan yang sama.

“Kini, segalanya sudah selesai dan saya anggap Eze sebagai pelengkap pasukan kami. Dia ada karisma tersendiri dan boleh mencipta magis dalam usaha membantu pasukan melakar kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN