fbpx
Lokasi kejadian anggota polis dirempuh dan digilis SUV dinaiki sekumpulan penjenayah di Taman Golf, Alor Setar pada 7 Ogos lalu.

Empat penjenayah kes langgar mati polis dihadapkan ke mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Empat lelaki yang disyaki melanggar mati seorang anggota polis ketika melarikan diri setelah memecah masuk sebuah rumah di Taman Golf di sini pada 7 Ogos lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok.

Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 26 tahun itu direman sejak 8 Ogos lalu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan empat suspek terbabit akan dituduh esok.

Kosmo! pada 7 Ogos lalu melaporkan anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut akibat dirempuh dan digilis kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus dinaiki empat penjenayah dalam kejadian di Taman Golf.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI