PETALING JAYA – Polis menahan anak kepada seorang bekas Perdana Menteri selepas menemukan dadah dalam keretanya di Lebuh Raya Sprint, di sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.
“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas hari ini.
Difahamkan, suspek ditahan ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sekitar Damansara.
Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sejumlah kecil heroin serta beberapa peralatan dipercayai untuk penyalahgunaan dadah.
Sumber turut memaklumkan, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.-KOSMO! ONLINE