fbpx
Jazmanie (kanan) memasang Jalur Gemilang pada sebuah kenderaan sempena Program Semarak Merdeka 2025 di Stesen Penguat Kuasa JPJ Labok, Machang hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Alasan ‘terlepas pandang’ perbaharui lesen, cukai jalan elak disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Pemilik kenderaan mewah menjadikan alasan ‘terlepas pandang’ untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan untuk menyelamatkan dari daripada kenderaan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Op Luxury.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, mereka sepatutnya perlu ada kesedaran, termasuk memastikan Lesen Kenderaan Motor (LKM) masing-masing sentiasa dikemaskini.

Menurutnya, walaupun langkah pendigitalan tidak lagi memerlukan pemilik kenderaan mempamerkan LKM secara fizikal tetapi pemilik kenderaan sepatutnya mempunyai kesedaran untuk sentiasa mengemaskini cukai jalan masing-masing.

“Pelaksanaan operasi tersebut sepatutnya mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik kenderaan mewah agar sentiasa peka dengan keperluan mematuhi peraturan ditetapkan termasuk cukai jalan,”katanya

Jazmanie memberitahu, kereta-kereta mewah yang disita sepanjang Op Luxury hanya boleh dituntut kembali setelah pemilik menyelesaikan tnggakan cukai jalan dan memperbaharui perlindungan insurans.

“Tiada tempoh tertentu ditetapkan kepada pemilik untuk menuntut kembali kenderaan-kenderaan mewah yang disita. Mereka hanya perlu menyelesaikan semua urusan berkaitan sebelum boleh menuntut kembali kenderaan masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI