fbpx
Tangkap layar video tersebut.

[VIDEO] Minyak habis, nak beri bantuan tapi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peserta RXZ Members 7.0 sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila kaki tersepit antara tayar dan absorber.

Menerusi perkongsian video di TikTok @ezhyaniani, kejadian itu ketika penunggang motosikal tersebut cuba membantu menunda motosikal lain yang kehabisan petrol.

“Minyak habis, nak beri bantuan tetapi lain pula jadinya. Mudah-mudahan selamat geng ‘rider’ semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian lain, pengguna tersebut memaklumkan tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Tunda motosikal dengan menggunakan kaki menjadi amalan biasa bagi penunggang motosikal.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 1.7 juta tontonan, 36,600 tanda suka dan 23,100 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan insiden tersebut

“Abang pakai kasut apa tu? Terbukti selamat kalau nak tunda motosikal lepas ni,” kata Madnip.

“Maaf dik, tak tahu nak kasihan ke ketawa. Sebab dulu akak pernah tersepit celah (tayar) basikal, sama macam ni,” kongsi Umi.

“Tunda motosikal kawan, tapi tersalah pijak terus kaki tersasar masuk situ. Ini punya cerita sepanjang hayat kena ‘bahan’ nanti,” balas Faezwan. – KOSMO! ONLINE

@ezhyaniani #minyakhabis nak bagi bantuan tapi lain pulak jadinye @hairol #rxz_members_official #rxzmember #rxzmalaysia #catsoftiktok ♬ Langkah Seiringan_Exist – SekilasJiwang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI